Sunday 27 November 2011

MASA UNTUK MEMILIH LOGO UNTUK BLOGGER PELAJAR-PELAJAR PBNK NEGERI JOHOR

PERHATIAN KEPADA SEMUA PELAJAR-PELAJAR/BLOGGER MEREKAYASA PBNK NEGERI JOHOR

MOHON KERJASAMA DARIPADA ANDA SEMUA UNTUK MEMILIH LOGO-LOGO YANG TELAH DIHANTAR OLEH RAKAN-RAKAN ANDA SEBAGAIMANA DI BAWAH UNTUK DIGUNAKAN SEBAGAI LOGO RASMI KITA

SILA UNDI/VOTE PADA SIDE BAR DI SEBELAH KANAN BLOG INI

TERIMA KASIH DI ATAS KERJASAMA ANDA SEMUA

UNDIAN AKAN DITUTUP PADA 10/12/2011 JAM 12.00PM

CADANGAN LOGO DPD SMK SIMPANG RENGAM

Terjemahan logo :

Bulatan : Unit Bimbingan dan Kaunseling bersatu

Zip : Unit Bimbingan dan Kaunseling tidak akan membocorkan segala masalah pelanggan kepada orang lain. (telah diberi kepercayaan oleh pelanggan)

Kehadirannya dirasai : Membawa maksud Unit Bimbingan dan Kaunseling sentiasa ada disaat anda memerlukannya.

Warna :

Warna dibuat mengikut arahan Cikgu Esham agar menggunakan warna Bendera Negeri Johor.

# Merah : Warna merah melambangkan keperwiraan rakyat jelata johor yang mempertahankan negeri.
Maksud di dalam logo : Warna merah melambangkan sifat berani dan yakin diri

# Biru : Warna biru tua pula mencerminkan kesejagatan kerajaan negeri.
Maksud di dalam logo : Warna biru melambangkan Unit Bimbingan dan Kaunseling bersatu padu

CADANGAN LOGO DPD SMK SERI LALANG


TERJEMAHAN LOGO :

DRASTIK : sesuatu yang dilakukan dengan cepat tanpa berlengah .
- segala urusan dan arahan yang diterima akan dilakukan tanpa ada alasan dan tidak akan melengahkan kerja tersebut .

TUNTAS : bersifat menyeluruh dan lengkap .
- kami memberikn maklumat yang lengkap dan menyeluruh serta padat

CERGAS : tangkas, giat dan aktif .
- membawa maksud dapat merialisasikan kami semua pelajar yang tegas , giat serta aktif untuk memaparkan info tentang aktiviti -2 yang dijalankan di sekolah di laman blog sekolah .

Monday 21 November 2011

LOGO DARIPADA SMK PERMATA JAYA

Colours
The colour red, blue and white is the colour of Johor flag.
Red : The colour symbolizes our courage and strength.
Blue : Inspirations to others and our togetherness as we help not only PRS but the community
White : Our Sincerity


Purple : The colour of counseling.



Purple background : Symbolizes Unit Bimbingan & Kaunseling
Mouse : Online education
The glowing circular line : We helps others to overcome their difficulities in life. As they said, 'hidup bagaikan roda, ada masanye kita berada di atas, ada masanya kita berada di bawah.'
The white light behind the JPNJ logo : We try as hard as we can to give light into others' life



Perkhidmatan Bimbingan & Kaunseling SMK Permata Jaya

LOGO DPD MEREKA
.
.
.
.
ADA MANA2 SEKOLAH LAGI YANG NAK HANTAR SILAKAN

Wednesday 2 November 2011

BERITA TERBARU..........HANGAT DI PASARAN UNTUK TINDAKAN BLOGGER SMK NEGERI JOHOR


PERHATIAN KEPADA SEMUA PELAJAR BLOGGER SEKOLAH MENENGAH NEGERI JOHOR

Kita memerlukan logo bagi kumpulan blogger kita.  Minta kerjasama anda untuk merekabentuk logo kumpulan blogger kita.  Ciri-ciri pada logo adalah seperti berikut:

a. Ada logo blog, dan logo JPNJ
b. Menggunakan warna bendera johor
c. Melambangkan Pendidikan Secara Online
d. Mempunyai terjemahan logo

sila hantar sebelum 18 November 2011
melalui
paparan di blog anda dan saya akan melihatnya melalui bloglist

terima kasih di atas sokongan anda semua.

Thursday 27 October 2011

UCAPAN TAHNIAH DARIPADA CIKGU ESHAM

TAHNIAH KEPADA KUMPULAN SEKOLAH-SEKOLAH YANG SENTIASA DAPAT MENGEMASKINI LAMAN BLOG YANG TELAH DIWUJUDKAN UNTUK SEKOLAH DAN RAKAN-RAKAN ANDA

APA KOMEN RAKAN-RAKAN ANDA TENTANG BLOG YANG TELAH ANDA BINA?
KOMEN CIKGU ANDA BAGAIMANA PULA?

HARAPAN SAYA ANDA DAPAT TERUSKAN DENGAN MAKLUMAT YANG TERKINI....GAMBAR2 DAN APA SAHAJA

TAHNIAH DAN TERIMA KASIH!

Friday 21 October 2011

BERITA TERKINI DARIPADA CIKGU ESHAM

Perhatian kepada 3 sekolah yang belum menghantar alamat blog anda, sila hantar alamat blog anda untuk dimasukkan di dalam blog list.

sila emelkan ke blogbnk@gmail.com untuk kemudahan di kemudian hari

Thursday 20 October 2011

ISI KANDUNGAN PEMBENTANGAN BENGKEL OUTREACH MEREKAYASA PBNK

Isi kandungan pembentangan setiap kumpulan adalah seperti berikut:


1.  Memperkenalkan isi kandungan blog (3 minit)
2.  Perancangan untuk blog ini selepas program outreach merekayasa ini selesai dijalankan (2 minit)
3.  Memaklumkan bagaimana blog dan pengisian serta ilmu yang diperolehi boleh
     disebarluaskan lagi di kalangan ahli-ahli PRS dan Kelab Bimbingan dan Kaunseling (3 minit)
4. Sesi soaljawab (2 minit)


Persembahan boleh menggunakan powerpoint jika perlu.

RANGKA KERJA KUMPULAN BENGKEL OUTREACH MEREKAYASA PBNK NEGERI JOHOR

Pada hari ini peserta-peserta bengkel diminta untuk mengemaskini blog-blog yang telah mereka bina pada malam semalam. Peserta-peserta diminta untuk

1. Menghantar alamat blog masing-masing kepada admin untuk disenaraikan di dalam blog
    list program outreach
2. Mengemaskini paparan pada blog dengan tumpuan kepada ejaan/perkataan digunakan,
    ruangan title, ruangan header dan paparan yang kemas serta mudah dibaca

Tugasan kepada peserta-peserta bengkel pada hari ini pula adalah

1. Pembinaan ruang side bar yang memerlukan penggunaan gadget blog list dan link list
2. Penambahan maklumat pada ruangan posting
3. menggunakan multimedia seperti gambar, movie dan slideshow sebagai bahan maklumat

Pada sebelah malam pula, pembentangan daripada setiap kumpulan akan dijalankan dengan masa 10 minit diberikan kepada setiap kumpulan dan 5 minit untuk sesi soal jawab.
Giliran adalah seperti berikut:
1. Muar
2. Johor Bahru
3. Batu Pahat
4. Mersing
5. Pasir Gudang
6. Pontian
7. Kota Tinggi
8. Kulaijaya
9. Kluang
10. Segamat

Tuesday 18 October 2011

BAHAN KURSUS - PANDUAN ASAS MEMBINA BLOG 2

Sila download di sini bagi untuk mendapatkan panduan membina blog dalam
BENGKEL OUTREACH MEREKAYASA PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING
BAGI VERSI POWERPOINT

BAHAN KURSUS - PANDUAN ASAS MEMBINA BLOG

Sila download di sini bagi untuk mendapatkan panduan membina blog dalam
BENGKEL OUTREACH MEREKAYASA PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING BAGI VERSI MS-WORD